Pages

31 August 2012

Hola !

Malam tadi cik abg ckp dia nak makan laksa la pulak. Oleh kerana hanya kami berdua jer dirumah daaan hanya dia sorg je yg makan laksa so terhasil lah kuah laksa drpd 5 ekor ikan kembung bersaiz L..hehehe. So meh sini nk share resepi laksa turun termurun 3 keturunan ceq...Gambaq sok2 kalau dan cheq upload naa..

Resepi Laksa utk Suami Terchenta:

Ikan (pe2 jenis pun ok tp cheq suka kembung/temenung)
Asam keping
Cili kering
Cili padi
Bawang besar
Lengkuas
Belacan
Daun kesum /cendohom
Bunga kantan
Laksa
Timun/Salad/Cili Merah/Bawang/Telur Rebus utk hiasan

Cara2nya:

1. Ikan rebus dlm periuk dgn asam keping. Bila dh boil perisi la ikan tu atau lam kata lain asingkan isi dgn tulang. Pastikan air rebusan dan asam keping td tidak diper apa2kn sebab akan diguna semula.

2. Blend halus cili kering+cili api ( ikut citarasa) + bawang besar + belacan. Masuk lam periuk lain. Tanpa basuh mangkuk blender td blend pulak isi ikan kasar2. Then blend tulang ikan n tapis amik air je. Tulang jgn amik kang cekik pulak. Utk makluman...semua proses blend td haruslan menggunakan air rebusan td. (Baru ada kick! ) Semua masuk sekali dlm periuk td.

3. Didihkan bahan blend td. Masukkan sedikit serbuk kunyit utk warna. (eh..kt ataih td da buh ka serbuk kunyit??) Masuk jugak lengkuas seketui n asam keping yg dh guna td. Boleh tambah asam keping kalau xcukup.

4. Masukkan daun kesum n bunga kantan. Pastikan kuah tidak terlalu cair n isi ikan masih boleh dikenal pasti. 

5. Laksa rendam dulu sblm rebus tau. Toskan.

6. Masuk laksa dlm mangkuk n buh sayur2 hiasan n telur rebus. Tuang kuah dan makan. 


(psstt...kuah laksa nie lbh sedap mkn kalau dh hari kedua..ketiga dan ada org suka mkn dgn petis aka otak udang)

Selamat Mencuba!! Holaaa....

29 August 2012

Online Cooking Show


Alhamdulillah Cik Eja Blog akan melangkah ke Rancangan Masakan Online.
Hope Berjaya !!!

28 August 2012

Ayam Masak Kicap Berjintan

Bahan:

Ayam 
Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Jintan Manis
Jintan Halus
Cili Blend
Kicap (pekat dan biasa )
Garam/Gula
Daun kari
Tomato Sos
Air asam jawa

Cara2 :
1. Cuci dan goreng ayam macam biasa tapi jangan sampai terlalu garing. (Nanti keras)

2. Tumbuk kasar semua bawang, halia dan jintan. (Tp make sure jintan2 tu bukan seketul2)

3. Panaskan minyak n masuk daun kari. Then masuk pulak bahan tumbuk (no. 2) tadi.

4. Masukkan cili blend dan tumis sampai pecah minyak

5. Masukkan air asam jawa sikit, tomato sos. Tambah sedikit gula n kedua2 spesis kicap

6. Masukkan ayam dan garam (berhati2 sebab kicap dah cukup perisa)

Tu diaaa...siap dah! Senang dan sangat sedap dimakan dgn nasik panas. Cuba ler...nie resepi dr my sis in law yg mmg jadi favourite kami sefamily. Boleh tambah cili potongatau bawang potong bulat kalau suka.

# Sorry gambaq xdak sebab xdan amik gambaq...hehehe

Chinese Chive Dumpling


Bahan-bahan ( 36 biji )

  • Untuk Kulit:
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Imgp1992

  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Cara-cara

  1. Sediakan doh untuk kulit:
    Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.
  2. Imgp1983
     Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  3. Untuk Inti:
    Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.
  4. Imgp1985
     Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  5. Imgp1988
     Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  6. Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

Madeleines


Madore

Bahan-bahan ( 18 biji )

  • 80g tepung
  • 1sudu kecil baking powder(BP)
  • 80g mentega tanpa garam
  • 80g gula
  • 2 biji telur
  • 2 sb susu segar
  • sedikit garam
  • sedikit esen vanila

Cara-cara

  1. Ayak tepung, BP dan garam
  2. Cairkan mentega dengan microwave selama 1 minit
  3. Letak telur dalam mangkuk dan pukul dengan hand mixer selama 5 saat. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang
  4. Masukkan tepung dan kacau sehingga sebati
  5. Masukkan susu dan mentega cair dan kacau lagi
  6. Masukkan dalam acuan. kemudian bakar dengan microwave pada suhu 600W selama 1 minit - 1minit 20 saat.
  7. ** Acuan tu boleh juga pakai muffin cup

Simple Breaded Chicken Chop


Picture_494


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 ketul peha ayam (buang tulangnye..kalau x brape rajin..leh beli yg dah siap kat mana2 supermarket)
  • sedikit tepung jagung
  • 1 biji telur (pukul sedikit)
  • sedikit serbuk roti
  • garam dan lada sulah
  • minyak untuk goreng

Cara-cara

  1. Gaul peha ayam yang dah lap kering dgn kitchen towel dengan garam dan lada sulah. Perapkan sebentar...
  2. Salut ayam yg diperap tadi dengan tepung jagung.
  3. Kemudian celupkan kedalam telur.
  4. Kemudian salut dengan serbuk roti.
  5. Akhir skali..goreng lah..dan hidanglah dengan coleslaw,cili sos n mayonis, baked beans, mushroom soup atau apa sajalah ikut kreativiti masing2...