Pages

31 August 2012

Hola !

Malam tadi cik abg ckp dia nak makan laksa la pulak. Oleh kerana hanya kami berdua jer dirumah daaan hanya dia sorg je yg makan laksa so terhasil lah kuah laksa drpd 5 ekor ikan kembung bersaiz L..hehehe. So meh sini nk share resepi laksa turun termurun 3 keturunan ceq...Gambaq sok2 kalau dan cheq upload naa..

Resepi Laksa utk Suami Terchenta:

Ikan (pe2 jenis pun ok tp cheq suka kembung/temenung)
Asam keping
Cili kering
Cili padi
Bawang besar
Lengkuas
Belacan
Daun kesum /cendohom
Bunga kantan
Laksa
Timun/Salad/Cili Merah/Bawang/Telur Rebus utk hiasan

Cara2nya:

1. Ikan rebus dlm periuk dgn asam keping. Bila dh boil perisi la ikan tu atau lam kata lain asingkan isi dgn tulang. Pastikan air rebusan dan asam keping td tidak diper apa2kn sebab akan diguna semula.

2. Blend halus cili kering+cili api ( ikut citarasa) + bawang besar + belacan. Masuk lam periuk lain. Tanpa basuh mangkuk blender td blend pulak isi ikan kasar2. Then blend tulang ikan n tapis amik air je. Tulang jgn amik kang cekik pulak. Utk makluman...semua proses blend td haruslan menggunakan air rebusan td. (Baru ada kick! ) Semua masuk sekali dlm periuk td.

3. Didihkan bahan blend td. Masukkan sedikit serbuk kunyit utk warna. (eh..kt ataih td da buh ka serbuk kunyit??) Masuk jugak lengkuas seketui n asam keping yg dh guna td. Boleh tambah asam keping kalau xcukup.

4. Masukkan daun kesum n bunga kantan. Pastikan kuah tidak terlalu cair n isi ikan masih boleh dikenal pasti. 

5. Laksa rendam dulu sblm rebus tau. Toskan.

6. Masuk laksa dlm mangkuk n buh sayur2 hiasan n telur rebus. Tuang kuah dan makan. 


(psstt...kuah laksa nie lbh sedap mkn kalau dh hari kedua..ketiga dan ada org suka mkn dgn petis aka otak udang)

Selamat Mencuba!! Holaaa....

No comments: